Aku ingin kongsikan sedikit karya Fynn Jamal yg menyentuh...sekadar berkongsi rasa ape yg ak rasa sama dgn ape cuba dsampaikan Fynn Jamal ini..selamat menghayati..
selepas membaca pelbagai komen dan respon,
terpanggil aku untuk bertanya tentang satu konsep lagi.
DEMI allah tuhan sekalian makhluk yang memiliki setiap yang di langit dan bumi--
TIDAK aku mempertikai qada' dan qadar.
astaghfirullah.
itu rukun iman.
gila apa aku persoal.
cuma aku hendak tau.
kenapa kita sudahkan perbincangan dengan:
"dah taqdir. qada' dan qadar. terima"
ya.
aku tidak LANGSUNG menyuruh kita tolak ketentuan rabbi.
hanya aku hendak tahu--
kenapa kita MEMILIH dalam qada' dan qadar kita?
bila ditaqdirkan kau jadi isteri nombor tiga.
kau cakap:
"dah taqdir. qada' dan qadar. kena terima".
bila ditaqdirkan kau bercinta dengan anak dara sedangkan di rumah isteri sedang sarat mengandungkan anak keempat engkau.
kau cakap:
"dah jodoh. qada' dan qadar. terima saja".
ok.
terpuji.
menyerahkan semuanya pada taqdir.
TAPI.
kenapa bila datang taqdir yang kau tak kenan--
seluruh nyawa kau berperah darah untuk berusaha melawannya?
"inche abu. inche ada kanser payudara."
"takpe. dah taqdir. qada' dan qadar. terima"
takkan la.
kau mesti sedayanya bertanya:
"apa yang saya boleh buat? bagaimana untuk saya lawan?"
atau--
bila abah kita cakap razip anak pak embong samseng kampung merisik kita.
kita memang tak hingin.
jauh sekali hendak sudi sebab dulu kecil2 dia memang suka tarik tudung kita masa mengaji.
reti pulak melawan qada' dan qadarnya?
soalan aku mudah.
bukankah kita tahu betapa tuhan itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubahnya sendiri.
maka bila datang perkara2 kelabu begini,
kenapa begitu2 sahaja kita sandarkan pada qada' dan qadar kita?
mengaitkan entri ini dengan tulisan aku yang lepas;
aku tidak menolak poligami.
demi allah aku tidak.
malah aku begitu tinggikan mereka2 yang mampu mengganda isteri.
kerana setakat yang aku baca--
hanya manusia terpilih yang mampu mengamalkannya.
manusia2 adil dari segi harta dan jiwa,
manusia2 gagah yang larat memberi batin kepada kesemua isterinya,
manusia2 yang tinggi amal dan mulia perilakunya.
salut aku pada mereka2 yang mampu.
benar.
qada' dan qadar itu motto hidup kita para muslimin.
semua benda wajib dikaitkan dengan qada' dan qadar.
kereta apa kita pandu.
rumah apa kita sewa.
lauk apa kita pilih.
anak mana kita suka.
tapi tak salah berusaha merubah taqdir kita.
mencuba.
atas nama ikhtiar.
yakni memilih yang terbaik.
benar,
kahwin dua tiga kerana taqdir.
benar,
jadi isteri muda kerana taqdir.
tapi kalau bercinta belakang2 isteri pertama,
jenis memang sengaja bersembunyi2 bermain cinta--
layakkah dipersandar "dah taqdir. qada' dan qadar. kena terima."?
maaf topik kali ini terlalu spesifik pada poligami dan perihal suami isteri.
pada yang sudah halal berpasang,
moga diiktibarkan.
pada yang masih belum,
moga dipekakan.
kita sama2 mencari tuhan.
kita sama2 mencari kebahagiaan.
para suami,
kasihlah isterimu.
bagaimana pun dia hari ini yang kau benci--
pernah satu masa dahulu kau kucup ubunnya berjanji mahu berdua sehingga mati.
cari dia yang itu.
para suami,
muliakanlah suamimu.
bagaimana mengecewakan dia hari ini yang kau geli--
pernah satu masa dahulu kau lihat dia sebagai satria yang teguh memerangi.
haih.
hidup.
macammana berselirat--
tetap kena hidup.
tapi kawan2,
hidup kita di dunia puratanya 65 tahunlah paling lama.
buat apa pilih menyakitkan hati sesama kita?
bukankah lebih indah kalau kita semua bahagia penuh cinta?
salam alaik.
"i'm not a perfect girl.My hair doesn't stay one place and i spill things a lot.I'm pretty clumsy and sometimes i have a broken heart.My friends and i sometimes fight and somedays maybe nothing goes right.But when i thinks about it and take a step back...i remember how amazing life truly is and that just maybe...just maybe...i like being unperfect...." "friendship is juz like an onion.it has many layers in it.add taste to your life,but if u try to cut it,you will get nothing but tears!"
Love isn't perfect. It isn't a fairytale or a storybook, and it doesn't always come easy. Love is overcoming obstacles, facing challenges, fighting to be together, holding on and never letting go. Love is work, but most of all, love is realizing that every hour, every minute, every second of it was worth it because he did it together :')
Thursday, January 30, 2014
Tuesday, January 21, 2014
Helloooo...whats up.. =)
Assalamualaikum semua...ape khabar...dah lama sangat tinggalkan blog ni.smpi dh bersawang2...sepanjang meninggalkan dunia blog ni banyak sangat yang terjadi sebenarnya...terlalu banyak...kadang2 takde mood nak berblogging..sometimes malas..sometimes takde masa...sihat ke x semua blogger sekalian...rinduu betulll....huhu...malam ni bertekad nak mula balik.kononnya...sebulan cuti sem ni tak buat apa2..ape salahnya kan isi masa berblogging..huhu...since abah and mak tidak membenarkan anak mereka ini buat kerja part time cuti semester ni,so,kite isi lah masa disini mengarang..hihi...banyak dah berubah ye blog ni...pening mula2 bukak tadi..haha...hmmm,ape nak buat ye..urmmmm,first nk kene hias balek blog nih...mcm sian je dh lame berupa begini...lepas tu,kite fikir nak cerita apa....malam ni kita warm up dlu...okey guys...thats all untuk first post setelah sekian lama..haha..tunggu next post yaa...saya nak spam banyak2..hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)